Tuesday, June 30, 2009

KERAJAAN PERPADUAN 9


KERAJAAN PERPADUAN 9... Kawan tabik kepada Negarawan Ulung kita,Dato Sri Najib pengasas 1 MALAYSIA kerana menyatakan UMNO masih membuka pintu untuk berbincang isu KERAJAAN PERPADUAN.Tolak debat... mencadangkan MUSYAWARAH mengambarkan isu ini diselesaikan secara ilmiah dan meletakan kepentingan Bangsa,Negara keutamaan,bukan sekadar retorik politik semata yang hebat dipentas,bebal dipadang.

MUSYAWARAH... tuntutan islam,berbincang secara ikhlas demi kepentingan bersama AGAMA,BANGSA & TANAHAIR bukan untuk menegakan benang basah,telunjuk lurus,kelenkeng bertaut,pandai menyalahkan orang saja kesalahan diri & kelompok tidak pernah diperakui,sifat AZAZIL penghulu IBLIS... NAUZUBILLAH

Ikut kata PAK PANDIR ikut kiri rumah GERGASI,ikut kanan rumah LEBAI,kita ikut kanan jumpa yang berjanggut,ingatkan LEBAI rupanya KAMBIMG JANTAN ... ha.ha.ha.Moh jangan ikut cakap Pak Tua nanti kita jadi PAK PANDIR... LU FIKIRLAH SENDIRI..................

Monday, June 29, 2009

KERAJAAN PERPADUAN 8

KERAJAAN PERPADUAN 8... Entah kenapa,bila mengadap blog,terpanggil untuk mencoretkan berkaitan... KERAJAAN PERPADUAN,tidak rela untuk menceritakan insiden lain, SNIFIKEN untuk terus melambakan PENYATUAN MELAYU/ISLAM sebagai sasaran dan matlamat.
PERPADUAN itu sendiri merupakan makna keramat kearah jalan dan hasil positif yang pasti menjanjikan kebaikan semata,itu bagi yang bermenteliti waras dan normal.Justeru umum tahu,yang zahir maupun yang ghaib,jua semua makhluk Allah,kafir atau muslim akur bila BERPADU itu... KUKUH/KUAT/UTUH dan sebaliknya kira MENOLAK PERPADUAN,semuanya LEMAH/LUMPUH dan berkubur.Bagi yang MENERIMA PERPADUAN ITU BAIK dan yang MENOLAK PERPADUAN itu sudah pasti jahat dan fasik.

TOLAK PERPADUAN... Cabar untuk BERTAKI adalah perangai MAT LEBUNG KAKI KELENTONG yang HANYA PANDAI CAKAP tapi TAK BOLEH BUAT APA-APA


KITA jangan ikut PARASIT HIPOKRIT ini,biarkan mereka dengan angananya,bila tersedar dari mimpi kelak,PAK TUA baru tau bahawa beliau berada dalam TONG SAMPAH... LU FIKIRLAH SENDIRI .................

Friday, June 26, 2009

KERAJAAN PERPADUAN 7


KERAJAAN PERPADUAN .7... Meradang,marah dengan cadangan KERAJAAN PERPADUAN,takut hilang Pengaruh dan Kuasa jua takut Hilang Kerusi kerana ideal datang dari orang lain... mana boleh kerana Hambo Marsidul Am Pas... bukan Pekerja Am Pas.

Tukar tajuk,lain tempat guruh,lain tempat hujan... Bos tetap Bos cerita kena tukar,tolak KERAJAAN PERPADUAN hambo hentam UMNO pulok.Tuduh UMNO konspirasi,melaga-lagakan PR,padahal yang buat cerita dari dalam kandang Pas dan mungkin dari dalam juboh sendiri.Semutar berbelit,cakap lagi berbelit-belit,macam ular tedung selar.

Mengata UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin sama jua dengan Chin Pin,inilah susahnya kalau insan bertopeng Ulamak padahal Ular... mak.Buta hati,buta sejarah.Bercakap,bertindak ikut emosi tidak mengikut akal,Pak Tua... istighfar banyak-banyak,kudrat jua kuasa yang ada milik Allah s.w.t jua,hanya pinjaman semata... LU FIKIRLAH SENDIRI .............

Thursday, June 25, 2009

KERAJAAN PERPADUAN 6


KERAJAAN PERPADUAN 6.... AL FATIHAH kita bersama sedekahkan kepada pejuang-pejuang Melayu terdahulu yang telah berbudi menyediakan Tanahair Merdeka,untuk diwarisi sesejahtera mungkin.Menangis...Mat Kilau.Tok Gajah,Bahaman.Tok Jangut.Tok Kenali,Dato Maharaja Lela,Orang Kaya Mat Saleh... Hang Tuah meratap wasiat " MELAYU TAK KAN HILANG DI DUNIA' hampir sebaleknya,dek nafsu MELAYU MURTAD.
Orang Melayu Kecewa... PAS ikut telunjuk PR tunduk terhadap arahan DAP,inilah azabnya kalau berkahwin kerana nafsu,tampa tanggungjawab,tampa ikatan sah.Nikah MUTAAH ketika berkehendak semata.Moh..fikirkan masa depan jenerasi kita,MELAYU yang memiliki bukan MELAYU yang tau MEMAKI dan BUSUK HATI JUA PEKERTI.
Orang lain..berpolitik,kita...main politik,orang lain memperalatkan politik,kita...jadi alat politik,berfikir,bertindaklah untuk kebaikan jangan sebaleknya.Orang lain tidak berpatah arang,berkerat rotan tapi kita sampai bakar kain kapan...LU FIKIRLAH SENDIRI.........

Tuesday, June 23, 2009

KERAJAAN PERPADUAN 5


KERAJAAN PERPADUAN 5...Inalillah wainnalillah hirajiun...MUKTAMAD: PAS,DAP,PKR TOLAK KERAJAAN PERPADUAN.Insiden yang memang dah dijangka,dilafazkan oleh lidah bercabang PEMIMPIN yang ditetukan kuasa oleh orang lain.

Inilah dinamakan politik,pemasalashan baik..rujuk Lim Kit Siang/Lim Guan Eng/Pak Nuar yang sudah tentu tidak pernah berniat baik.Beragenda...setiap langkah 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA"...janji..ADA KUASA,ADA HARTA.

Dia yang mencadang,dia yang menolak...meminang tidak pada nak dara,menyanyi tampa irama,sumbang tidak sekali menyumbang.

BN tetap memerintah Negara,struktur berdasarkan PERLEMBAGAAN tetap ada,tak perlu jadi musang mengajak ayam dan jangan jadi musang berbulu ayam.Rakyat bingung dengan pemimpin yang hipokrit...lain cakap...lain bikin,KITA ..YANG MEMECAHKAN RUYONG,ORANG LAIN YANG MENDAPAT UNTONG... LU FIKIRLAH SENDIRI ............

Monday, June 22, 2009

KERAJAAN PERPADUAN 4


KERAJAAN PERPADUAN 4..." Saya tidak Degil...Tapi Gedebe"... Pak Tua ( Nik Aziz ) lontarkan satu persolan baru ,setuju bersyarat berkaitan KERAJAAN PERPADUAN,BERISTIQAMAH digunakan untok memiripkan jawabpan politik eksploit Islam.Lembut bunyinya tapi amat kasar maknanya,lain yang tersurat amat lain yan tersirat.

Titik pertemuan,Penyatuan Umat Melayu Islam ducetuskan positif berfikir,bertindak melangkaui zaman ,yang hendak disatukan bersaudara,sedarah sedaging dunia akhirat KENAPA PERLU BANYAK SYARAT ?.Moh... kita pakat ketepikan idiologi,satukan...bangunkan...umat Melayu Islam jangan sampai kita jadi PAK KADOK ... MENANG SORAK...KAMPONG TERGADAI.

Bersyarat... Perdana Menteri Israel ( Benjamin Nathanayu ) membenarkan ,Palestin Merdeka juga dengan Penuh Syarat ( Pinggirkan Hisbullah / Palestin Tanpa Senjata / Sempadan Kekal/Yahudi Kekal/Israel diktiraf sebagai Negara ) semuanya bersyarat yang menguntungkan sebelah pihak semata...memang perangai Bani Israel dari azali lagi.

Kalau Pak Tua... terlalu banyak bersyarat ,serupalah tu,adek-beradek sepusat sepusing.........LU FKIRLAH SENDIRI ............

Friday, June 19, 2009

KERAJAAN PERPADUAN 3


KERAJAAN PERPADUAN 3 .......... Salam,Syabas Sdr.Nasharuddin Mat Isa,pejuang muda minda terbuka,out box thinking tidak jumuk macam Pak Tua.Zaman berubah keperluan berbeda,kesesuaian perlu dicari yang penting masa mendatang menjanjikan peluang terhidang.

Tampa yang tua tiada yang muda,Si tua menyayangi yang muda,yang muda mengormati yang tua.Denyut nadi keduanya wajar didengar bersama letakan kebaikan keutamaanya ,pinggirkan keburukan.

Si Muda bersetuju dengan KERAJAAN PERPADUAN Pak Tua melatah menolak dan mengherdik,kalau mu nak ikut... mu letak jawatan Ahli Parlimen Bachok dan Timbalan Presiden Pas.Al kisah Hikayat Hang Nadim,cadangan bernas membinasa todak, seluruh umat gembira tapi Raja berduka,pengampu bawa cerita... Nadim bakal rampas Kuasa,Raja hukum bunuh Nadim... tamatlah kisah penyelamat Bangsa Negara.

Sdr.Nasharuddin teruskan PERJUANGAN kerana ada KEBENARAN pinggirkan Pak Tua kerana bukan zamanya, " RUMAH KATA PEGI ... KUBUR KATA MARI...... LU FIKRLAH SENDIRI .....

Wednesday, June 17, 2009

KERAJAAN PERPADUAN 2


KERAJAAN PERPADUAN 2 --- Najib setuju dengan penuh keterbukaan meletakan Bangsa Negara keutamaan kesinambungan warga selamat.Menerima tidak terus menolak,mengkaji tidak terus mengeji amalan khalifah sikap terpuji... 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN cakap serupa bikin ,bukan sekadar omongan semberono yang berteraskan nafsu dan balas dendam semata.

Haji Hadi mencadang,Nik Aziz meradang Anuar menendang,satu kandang tapi banyak ragam.Letak dibelakang menanduk ... letak didepan menendang.pengikut,penyokong keliru,pening macam kucing jantan meniti alang.

Ajak buat baik banyak syarat,ajak buat jahat penuh maufakat mana mau datang berkat.Kata Pejuang tapi Petualang ... LU FIKIRLAH SENDIRI ...................................................................... ?

Monday, June 15, 2009

KERAJAAN PERPADUAN 1



KERAJAAN PERPADUAN 1 ........................................................
Cadangan Dato Sri Hj.Hadi Awang .... Mewujudkan Kerajaan Perpaduan merupakan suara penyatuan mungkin penuh kesedaran ataupun retorik politik,gimik atau replika semasa demi keperluan kantung martabat politik. Menangguk di air keroh ataupun mengeruhkan air jernih,dicetuskan ketika reform mentaliti rakyat terbuai dengan ancaman cuaca semasa yang sengaja digegar oleh insan atau orginisasi yang bermatlamat dan beragenda.Ketahanan Agama Bangsa dengan terjemahan yang mengelirukan merupakan suara mistik yang boleh dianimasikan.Dimanakah PERPADUAN sebenar? dan apakah itu PERPADUAN ? ... tepuk kepala,tanya akal jangan tepuk meja,tanya kerusi... LU FIKIRLAH SENDIRI .................................... ?