Tuesday, July 21, 2009

KERAJAAN PERPADUAN .18




KERAJAAN PERPADUAN.18... CHUA JUI MENG keluar MCA,lompat masuk PKR...kerana rajuk dan tidak memperakui sistem demokrasi takala kalah dalam Pemilihan Presiden MCA.TEO BENG HOCK,Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor,Ean Yong Hian Wah,keluar tingkap,lompat masuk keranda kerana mungkin tidak sanggup mendedahkan perkara sebenar,berkaitan penyalahangunaan kuasa & peruntukan KERAJAAN...ataupun untuk melindungi bosssss..."BIAR PECAH DI PERUT JANGAN PECAH DI MULUT ".


DAP umum keluar Pakatan Pembakang di Kedah kerana kes Kandang/Pusat Penyembelihan Babi Kg.Berjaya,Alor Setar,BERGADUH sesama mereka di Selangor apabila Mohamed Azmin Ali,ADUN Bukit Antarabangsa desak MB rombak barisan Exco Selangor...kalau dah pembakang tetap pembakang,sesama sendiripun bertendang-terajang..macamana nak jadi PEMERENTAH?


Mati kerana pilihan SENDIRI,gaduh kerana dah perangai peribadi tapi tetap tak memperakui kelemahan sendiri,tetap nak berpolitik,eksploit sana-sini,tuduh SPRM,Kerajaan & BN sengaja berkonspirasi.... HIDUP SUSAH,MATIPUN SUSAH...LU FIKIRLAH SENDIRI .......

Thursday, July 16, 2009

KERAJAAN PERPADUAN.17



KERAJAAN PERPADUAN.17.......... MANIK URAI ...?...Pas..GOYANG sementara Bulan..KELAM...Majoriti Pas dalam Pilihanraya Kecil N.041 Dun.Manik Urai,MENJUNAM : 200 %,Pilihanraya Umum 2008,majoriti Pas : 1352 undi sementara dalam PRK 2009 hanya : 65 undi sahaja,kita lihat..penurunan sokongan yang amat ketara ini.Berdasarkan KPI ,prestasi Pas ternyata terlalu merosot,fakta ini tidak bolih disanggah lagi,kenyataanya amat wajar diterima,baik secara ghaib maupun nyata.



Rakyat MARHAIM khasnya di Kelantan Darul Iman telah mula tersedar dari lamunan dan anganan yang selama ini di jaja olih Pas dalam menyuarakan Gimik Politik..MEMBANGUN BERSAMA ISLAM dan menolak semua bentuk PEMBANGUNAN,dalam masa yang sama RAKYAT MENDERITA DAN PIMPINAN PAS CERIA.Rakyat dihalang dan dibelengu minda sementara pimpinan mereka ,RAKUS MERATAH segala apajua pun bentuk kenikmatan dunia.
UNDI PAS,MASUK SYURGA DAN UNDI BN MASUK NERAKA,tidak lagi menjadi gula-gula kegemaran pengundi,kerana mereka penuh INSAF DAN SEDAR bahawa
SYURGA DAN NERAKA itu milik MUTLAK ALLAH s.w.t ,bukan sesekali MILIK PAS.



98 % rakyat, khasnya pengundi Manik Urai terdiri daripada : MELAYU / ISLAM dan sokongan terhadap BN / UMNO meningkat,membayangkan bahawa SELERA PENGUNDI KELANTAN telah mula berubah ,dengan penuh kesedaran MENOLAK PAS dan MENDOKONG INSPIRASI NEGARA,seterusnya menyokong BN... SELAMAT KEMBALI KE PANGKAL JALAN.... LU FIKIRLAH SENDIRI.........

Monday, July 13, 2009

KERAJAAN PERPADUAN .16


KERAJAAN PERPADUAN .16...Abdul Hadi Awang,Presiden Pas,umumkan Pas bersedia untuk berdailog ( BERTAKI ) dengan mana-mana pihak khasnya UMNO berkaitan Isu Agama Islam,ini semua dilafazkan dalam ceramah di Kg.Chuhuh Puteri,Kuala Kerai,susulan itu Nik Aziz menyampuk dan menyatakan Pas bersedia untuk fokus berkaitan Isu Agama Islam dan tidak untuk lain-lain hal,noktah.


Kedua mereka cuba lari dari kenyataan asal berkaitan Isu Kerajaan Perpaduan,yang dicetuskan olih Hadi Awang dan ditolak olih Nik Aziz dan dalam kronologi ini ramai yang terbunuh jua dibunuh,antaranya yang paling menyayat hati,TERBUNUHNYA NASHARUDDIN MAT ISA,Naib Presiden Pas yang menang secara demokrasi,dipilih dan diberi amanah olih perwakilan Pas,diancam olih Pak Tua,di herdik dan disuruh mengosongkan jawatan Ahli Parlimen Bachok,ini semua kerana Nasharuddin lebih librel,open mainded,OUT BOX THINKING tapi yang paling nyata kerana beliau hanya PENUMPANG bukan ANAK JATI KELATE,mari dari Negeri Sembilan nok buat GEDEBE di tepat kete... mana bulih... ! ( ASSABIAYAH ) ,Manik Urai pun kita jangen bui dio jengoh,buat serabut aje.


Sudi berbincang/berdebat soal Agama semata,mengambarkan Pas terlalu berpolitik dan 100% lari dari realistik utama yang ditagihkan olih Negara jua Rakyat ketika ini,kerana mereka lari ,jua menutup dari kegagalan MENTADBIR Kelantan dalam edah 20 tahun ini,tiada PEMBANGUNAN,tiada SUMBER EKONOMI,INDEKS GEJALA SOSIAL TINGGI dan INDEKS RAKYAT YANG TERPAKSA KELUAR KELANTAN mencari makan juga amat ramai dan langsung tiada peluang pekerjaan, paling utama,Cakap... Islam ...tetapi tiada sebuah MASJID BARU pun yang dapat dibina sabagai gambaran minifesto "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM".


Sedangkan yang terbaik dalam apa jua perbincangan berkaitan NEGARA/BANGSA... PERPADUANLAH keutamaanya,kerana didalamnya solid dan menyeluruh,aspek ,

Agama,Pembangunan.Sosial,Pendidikan,Ekonomi juga Keselamatan,kerana Islam menegaskan keperluan sedemikian,barulah...MULIA DI DUNIA DAN MULIA DI AKHIRAT.dan yang paling nyata UMNO/Kerajaan BN telah melaksanakan semua perkara ini,terbukti semenjak 1957 lagi,dari mula memperjuangkan juga memerdekakan Negara,terbukti dalam virsi ini ,Pas lah virusnya jua PENUMPANG pada segala-galanya...LU FIKIRLAH SENDIRI ............

Friday, July 10, 2009

KERAJAAN PERPADUAN.15


KERAJAAN PERPADUAN 15


FROM... HIGH CHAPRAL WITH LOVE... Kelmarin ,kawan dihidangkan dengan satu cerita bersiri penuh aksi ,khas untuk tontonan 21 tahun keatas sahaja,cerita ala-ala JAMES BOOND 007,pelakon utamanya bukan Rooger More atau St Canary ,itu semua pelakon lama tak cukup hebat,tetapi ini yang baru,mantap,berstail,petah & handsom juga,iatu... LIM GUAN ENG.


Ini LIM, boleh tahan juga amat pandai mengoda,persis macam James Bond mengoda perempuan khasnya yang seksi ,mesti dapat punya,lepas tu tinggalkan.Bergerombolan mangsa-mangsa LIM datang untuk berjumpa ...TATA,PATIKH,AYA,ACHI,ANE,TAMBY semua mari,pasal itu dulu sebelum Pilihanraya Umum 12,ini tokey ada janji...sokong sama DAP,kasi busuk sama BN kalau,ini DAP mesti tolong kasi selesai semua masalah,ITU TANAH PUNYA HAL ( Kg.Buah Pala) MANYAK KECIK PUNYA HAL MA...nanti menang semua satle punya.


Penuh yakin menipu dan penuh yakin yang kena tipu,terkini bila mangsa,kaum india bermasalah,LIM mendiamkan jua melarikan diri,orang kampung datang nak berjumpa di Pejabat Ketua Menteri,LIM tak mau kasi jumpa,pasal ini orang sudah bawa itu LAWYER,mesti ini LIM tak boleh kasi tipu punya...manyak takut ma...lagipun ini semua orang India bukan Cina apa peduli sama dia.


Kronologi kebusukan,kejahatan DAP kini terbongkar nyata,hanya memperalatkan mangsa dan isu,langsung tak pernah ada rasa tanggungjawab apatah lagi untuk rakyat dibela, untuk disembelih adalah...Moh Weh lepas ni,kita pakat musnahkan DAP/PAS/PKR dalam kandang PP ( Pakatan Pembakang ) dan yang sama spesis denganya...juga selupa itu ...SELSEMA BABI ......
LU FIKIRLAH SENDIRI .........

Wednesday, July 8, 2009

KERAJAAN PERPADUAN. 14

KERAJAAN PERPADUAN.14

Apa guna berjanji
Kalau tak ditepati
Kelak meracun hati
Tuan sendiri
Mengigit jari...


( Senikata lagu : Apa Guna Berjanji/Allyarhamah Saloma...Al.Fatihah )

Biduanita,Primadona Negara telah mendendangkan lagu penuh makna untuk halwa telinga dan mencairkan pemikiran serta memutihkan hati.Pengajaran yang ditonjolkan dalam bait-bait lagunya penuh mantik,mendidik pendengar bertauladan serta berfikir sebelum bercakap jua bertindak.

40 tahun lampau ,kita khasnya Umat Melayu/Islam telah cuba dididik melalui lagu,apalagi oleh orang tua, jua masyarakat persekitaran yang majmuk, bersama mendukung tanggungjawab sosial tampa mengira agama,etnik,ras ataupun kasta.Seniman-Seniwati di era itu menghibur berdasarkan matlamat membantu masyarakat,mengerak menteliti kearah kebaikan,bukanya berhibur SEMBERONO yang bertunjangkan emosional semata.

Makhluk yang suka BERJANJI TETAPI TIDAK DITEPATI ini terdiri daripada spesis IBLIS/SYAITAN kalau katogeri insanya pula,PLAY BOY/DON JUAN/BUAYA DARAT dan lain-lain yang sama waktu denganya,bak kata pepatah MENANAM TEBU DI BIBIR SAHAJA/LEMBUT GIGI DARI LIDAH,semuanya jenis yang maha merbahaya.

Spesis terkutuk ini ,kini pandai BEROGINISASI dan BERNIAT UNTUK MEMERENTAH,mereka tubuhkan dan gunakan PARTI POLITIK,... Ayahnya PAS,Gundiknya DAP dan Anak Tabung Ujinyanya PKR.

Orginisasi ini tiada dan tak pernah ada ikatan sah/mutlak,cuma berlaku bila berkehendak ( Toch n Go )sahaja, khasnya bila Piliharaya Umum/Pilihanraya Negeri/Pilihanraya Kecil sampailah ke Pemilihan Ketua Kampong/Pemilihan Imam/Pemilihan AJK Masjid/Surau/Pemilihan Ahli Majlis dan bla..bla..bla.Semuanya menabur janji,menabur syarat,menabur fitnah jua menabur duit,tapi kesudahanya tidak pernah ditepati,HABIS MADU,SEPAH DIBUANG,selepas pilihanraya mangsa-mangsa ini semua ditinggalkan selamanya,tidak pernah dan tidak akan diambil peduli...........( padan muka gua...! )
DENGAR CAKAP ENGGANG,MAKAN BUAH BELOLOK...DENGAR CAKAP ORANG,TERJUN MASUK LUBUK... habis MAU DENGAR CAKAP SAPA?,SESEKALI JANGAN DENGAR CAKAP BERUK ( sebab beruk tak boleh cakap..yang boleh cakap,... tuan beruk ) sapa pulak TUAN BERUK. ?... kawan pun tak tau..! ....... LU FIKIRLAH SENDIRI ...........................

Tuesday, July 7, 2009

KERAJAAN PERPADUAN.13







KERAJAAN PERPADUAN .13... Sendiri ingat, bukan Pilihanraya Umum ke 13,tapi apa ceritapun,gosip politik,gosip moral...kata sana,kata sini,burukan si anu dan pelebagai nesta-dusta dilemparkan atau di ada-adakan demi kerana mu politik.Terkadang terlupa ,lebih sangat berkokok rupanya tengkolok kosong atau berkokok tak kena masa akhirnya SI JALAK beradu dalam periuk jadi santapan pengikut sendiri,masa bercakap lupa apa yang halal,apa yang haram, keliru hujung kalam.Baca hadis,terjemah Al.Quraan,janji cakap ada sokongan,betul tak betul letak no 1000.Apek Perak ( ADUN DAP ) baca hadis...pakat sokong,syiar dan hak ALLAH,sapo-sapopun bulih baco.........

Muslim kerdil yang belum baligh dan belum berkhatan ( jantan ) sekalipun kalau nak membaca mukhadam,disunatkan membersihkan diri dan paling afdhal berwuduk,bila Si Apek ni berkhatan ? jua berwudhuk... dan bila dia melafazkan KALIMAH ALLAH s.w.t ? ,yang PAK TUA ni kalau oghe tu lek dia semuanya bulih,walaupun ALLAH S.W.T dijaja dan ditepek macam iklan AH LONG.... itulah ASABIYAH namanya ( berpakat kejalan keburukan )

TODAY... Pak Tua,alih cerita pulok,nak tutup krisis dalaman PP ( Pakatan Pembakang ) bertembung di KEDAH,berterabur di PULAU PINANG dan bersepai di SELANGOR ,jua berkecamuk di PERAK serta sedikit GIMIT untuk N 41 MANIK URAI... nok royat dia hebat... cabar PM berdebat...PERPADUAN DITOLAK...DOK AJAK BERTAKI,mace oghe tino berebut laki.( GILO MEROYAN )

KALAU MEMILIH TEMPAT MANDI,PERTAMA TELUK KEDUA PANTAI,KALI MEMILIH PEMIMPIN NEGERI,PERTAMA ELOK KEDUA PANDAI,mantap jua sinonim semuanya dah ada pada PM tak payah cari-cari jua pening-pening.ELOK..rupa come,perangai come keturunan khalifah Negara ( TUN RAZAK ),.PANDAI...terbukti educated,profosional diiktiraf Negarawan maupun dunia.

TOLAK DEBAT...bukan bererti takut,tetapi menolak kemungkaran kerana banyak buruk daripada baiknya yang baik MUSYAWARAH bukanya BERTAKI... ini semua soal AGAMA/BANGSA soal adek-beradek,sedarah-sedaging.Kalau PAK TUA nak juga berdebat kita cadangkan tokoh hebat yang sama taraf dan sepadan... SAMY VELU...buleh deh ... HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM....bukan JO AH RI YANG MENGENAL MANIAM ......he.he.he ..........LU FIKIRLAH SENDIRI ...........




Monday, July 6, 2009

KERAJAAN PERPADUAN 12

KERAJAAN PERPADUAN.12... Moh weh...mula hari ni kita pakat tengok sapa yang kena ?.....DAP sudah hantam Pas,Pas hantam DAP,PKR hantam DAP/Pas.. semua hentam-mengentam,semua serba tak kena HIDUP,
SUSAH,MATIPUN..SUSAH,KALAH..BISING,MENANG KALAU..KASI KENCING,Pilihanraya punya jam,semua kasi janji selesai semua masalah bila sudah menang tambah masalah dan tak pernah menyelesaikan sebarang masalah.


Kronologi terkini ... KEDAH...MB,Azizan Abdul Razak berlaga dengan Thomas Su,DAP sepakat keluar PR kerana tak puas hati tindakan MBAS meruntuhkan Pusat Penyembelihan Babi haram di Kg.Berjaya,Alor Setar,kouta pemilikan rumah 50 % untok Melayu dipertikaikan,Azizan pening, kepala pusing,cakap putar-putar dan berbelit-belit...dah memang kaki pembelit.



Lim Guan Eng...pening di Pulau Pinang,isu masyarakat India,High Chapral,Kg.Buah Pala tanah hampir 3 ha milik Koperasi Pegawai -Pegawai Kerajaan Pulau Pinang mahu dibangunkan,pampasan pemaju tawar ditolak penduduk,notis makamah telah dikeluarkan,engkar mengundang padah.



Lim Guan Eng serender...Tolak Musibah kepada Kerajaan Pusat,buat surat pada PM,mengaku kerajaan Negeri ngak bisa selesaikan masalah khasnya mau bayar pampasan tak punya wang.DULU LAIN,SEKARANG LAIN...DULU JANJI SEMUA BOLIH,SEKARANG LANGSUNG TAK BOLEH... lagi baik BOLIH BLAH.Slogan PR..Pakatan Rakyat...pakai suka-suka bila kita jua rakyat malantik mereka sebagai konsultan,padamkan Pakatan Rakyat kita tukar PP...Pakatan Pembakang,..moh kita guna PP ( PAKATAN PEMBAKANG) ..kerana samoti mereka cuma pandai MEMBAKANG dan tak pernah bolih MENTADBIR apa lagi MEMERINTAH... LU FIKIRLAH SENDIRI ...........

Friday, July 3, 2009

KERAJAAN PERPADUAN 11


KERAJAAN PERPADUAN 11... Nik Aziz tetap mahu BERDEBAT ( bertaki ) dengan menghantar surat kepada PM/Presiden UMNO sedangkan sebaleknya,Dato Sri Najib telah umumkan,UMNO menolak PERDEBATAN dan mancadangkan MUSYAWARAH demi menterjemahkan pemasalahan kedua parti dengan lebih reasional/ilmiah dan tidak emosional.

ITULAH JENIS PERANGAI HUDOH...yang dilaranglah,yang dimahukan jenis BABIR @ GEDEBE,bercakap,bertindak ikut emosi,tunjuk diri hebat @ come.Perangai ayam jantan,BERKOKOK BERDERAI-DERAI,EKOR BERGELUMANG NAJIS.

Isu bikin baru bagi menutup kelemahan PR sedangkan di Kedah dalam masa yang sama Thomas Su Pengerusi DAP Kedah/Perlis UMUMKAN KELUAR PR gara-gara tindakan MBAS meruntuhkan Pusat Penyembelihan Babi Haram di Kg.Berjaya Alor Setar.Setiausaha Agong DAP(Lim Guan Eng)melenting dan menuduh Pas tidak hormati DAP,berlakulah ungkit-mengukit yang amat menyakitkan hasil khawin MUTAAH untuk Pilihanraya semata bukan untuk rakyat dibela.


Awal 2008 selepas PR memperkosa Selangor bagi menunjuk kesamarataan,heboh cerita Kerajaan Negeri membuat Projek Mega ,Ladang Babi terbesar di Asia Tengara dalam masa sama merobek tanah umat Melayu ditempat berkenaan... Sayang Babi lebih daripada Rakyat,BABI DI HUTAN DI SUSUKAN,ANAK DI PANGKUAN DIBIARKAN KELAPARAN.

Terkini... SELSEMA BABI,satu dunia resah,negara kita juga terkena tempiasnya,tetapi semuanya bermula dengan KES IMPORT ( BABI punya pasal )banyak buat hal juga import punya orang.
BABI punyahal juga PR goyah... ha... BABI...BABI..itulah padahnya kalau memerintah ikut spesis,lain tempat lain cerita,Melayu punya tempat..Hidup Melayu,Cina punya tempat...Hidup Cina,India punya tempat...Hidup India,Babi punya tempat... HIDUP BABI... penyudahnya KENA SAKIT GILA BABI ... dan bertindak MEMBABI BUTA ...LU FIKIRLAH SENDIRI...........

Wednesday, July 1, 2009

KERAJAAN PERPADUAN 10



KERAJAAN PERPADUAN 10... Meniti kesinambungan hasrat bangsa, terkadang kita perlu BERKORBAN maupun TERKORBAN.Fitrah ini wajib dilalui & diterima semua maupun yang masih hidup atau yang masih mati,sekiranya menolak atau tidak menerima bermakna,JASAD HIDUP TANPA ROH.Pertimbangan kewarasan akal adalah hakimnya bukan lonjakan perasaan ikutanya.


AWAL YANG PAYAH MEMBELAH RUYUNG,ORANG BERTANDANG YANG BEROLEH UNTUNG,AKHIRNYA KITA YANG TAK AKAN DIHITUNG.Menutup pintu PERPADUAN kerana merujuk ULAMAK HARBI ( Lim Keat Siang/Lim Guan Eng/Karpal Singh ) apakah berbaloi untuk meletakan AGAMA/BANGSA keutamaanya ?.


Bersama kita menjana kemerdekaan Negara berdasarkan JUS SOLI,kita beri mereka KEWARGANEGARAAN mereka menerima,mengitiraf,memperakui HAK KITA dan KETUANAN MELAYU serta AGAMA ISLAM tampa berdalih.


Lantaran yang bersama kita Umat ZIMMI,terbuka ,bersama dan menerima sementara bersama mereka Umat HARBHI tertutup,menolak dan tidak akan menerima langsung hasrat kita.HARBHI wajib diperangi ,bukan dibawa tidur bersama dan menjadi ULAMAK RUJUKAN yang memutuskan segala dan akhirnya memisahkan adik -beradik kita.Itulah yang terjadi, segala perkara dicadangkan Pas tetapi yang memutus DAP kerana DAP lah ULAMAK mereka... LU FIKIRLAH SENDIRI .............